PROF. MADYA DR. KADDERI B. MD. DESA
Ph.D. in Geology
National University Malaysia

Kadderi bin Mohd Desa adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) di dalam bidang Sains Bumi, Geosains Pelancongan dan Pengurusan Sumber. Beliau di lantik sebagai “Associated Director”sejak tertubuhnya Geo Mag Engineering iaitu pada tahun 2012.

Beliau telah banyak melakukan aktiviti penyelidikan berkenaan Geosains. Antara tajuk penyelidikan beliau adalah Exploration Of Alluvial Plain & Old-Alluvial Terrace As Non-extractive Natural Resouces for Regional Planning & sustainable Tourism yang di terbitkan pada tahun 2011-2013 selain Pembangunan Landskap Geologi Untuk Pendidikan, Pemuliharaan dan Pelancongan pada tahun 2008 – 2010 dan Geoset Taman Perlis : Pembangunan Kelas Baru Sumber Bumi Dan Infrastruktur Subdisiplin Geosains Pelancongan pada tahun 2002 – 2004.

Beliau juga bertanggung jawab ke atas kertas kerja Penubuhan Tasik Chini pada tahun 2002 – 2003. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Cemerlang UKM 2009. Beliau juga terlibat dalam penerbitan dan penulisan kertas Effectiveness Of Geoelectrical Resistiviti Survey For The Detection Of A Debris Flow Causative Water Conducting Zone at KM 9, Gap-Fraser’s Hill Road (FT 148), Fraser’s Hill, Penang, Malaysia, Journal Of Geological Research.

Kehadiran beliau di dalam Geo Mag Engineering sangat bermakna di dalam bersama-sama membantu di dalam menyumbangkan idea, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman beliau yang luas dalam Geo Pelancongan.

SIAPA KAMI

Sebuah syarikat perunding Geologi dan Geoteknikal. Didaftar sebagai syarikat perunding pada 20 Disember 2012, merupakan sebuah milikan tunggal yang menceburi bidang Geologi, Geoteknikal dan penyiasatan tapak.

HUBUNGI KAMI

​NO. 96A, TINGKAT 1, JALAN PELABUR A,
​​23/A, SEKSYEN 23,
40300 SHAH ALAM,
​​SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Tel: 03-5545 8699
Fax: 03-5541 1992

PELAWAT

Today 30
Yesterday19
This week 189
Last week 242
This month 650
Last month 1026

FACEBOOK