jalal

ABDUL JALAL BIN ABU BAKAR

Abdul Jalal bin Abu Bakar berasal dari Johor. Beliau merupakan antara kakitangan senior yang ada di GEO MAG Engineering. Beliau memegang jawatan sebagai pengurus syarikat dan ketua bagi bahagian geofizik dalam GEO MAG Engineering. Beliau mempunyai pengalaman bekerja sejak tahun 1998. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai kerani tapak bersama syarikat Zaiden SDN BHD. Pengalaman bekerja di sini telah mengasah kemahiran beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kerja di tapak. Beliau seterusnya berkhidmat untuk syarikat Rank Integrated Associated SDN BHD pada tahun 2000 sebagai pembantu teknikal. Kemahiran beliau dalam bidang penyiasatan tanah diperolehi di sini. Pada tahun 2006, beliau telah menyertai syarikat Emas Consult sebagai pengurus operasi. Selepas berkhidmat di Emas Consult, beliau telah berpindah ke GEO MAG Engineering

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di GEO MAG Engineering, beliau telah terlibat dalam bidang pengurusan dan teknikal. Beliau telah terlibat dalam pelbagai projek geofizik yang melibatkan ‘resistivity survey’ dan ‘underground utilizes mapping’.

Sikap beliau yang komited dengan kerjanya dan kemahiran komunikasi yang berkesan banyak membantu syarikat ini untuk maju ke hadapan.

WHO WE ARE

A Geological and Geotechnical consulting company. Registered as a company consultant at December 20, 2012, is a Sole Proprietorship that is involved in geological, geotechnical and site investigations.

CONTACT US

​NO. 96A, TINGKAT 1, JALAN PELABUR A,
​​23/A, SEKSYEN 23,
40300 SHAH ALAM,
​​SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Tel: 03-5545 8699
Fax: 03-5541 1992

VISITOR

Today 66
Yesterday20
This week 99
Last week 120
This month 471
Last month 681

FACEBOOK